603-6126 5800 [email protected]

MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

Pemacu Perbandaran Berdaya Huni Ke Arah Status Bandaraya Pada 2030

2023

Majlis Perasmian Reka Bentuk Dewan Komuniti dan Rumah Penjawat Awam

YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor telah menyempurnakan Majlis Perasmian Reka Bentuk Dewan Komuniti dan Rumah Penjawat Awam pada 24 Julai 2023 bertempat di Lobi Menara MPS.

Projek pembinaan Dewan Komuniti dan Rumah Penjawat Awam di Bandar Baru Selayang, Daerah Gombak ini merupakan inisiatif kolaboratif antara Kerajaan Negeri Selangor dan pihak Pemaju Aura Kemuncak Sdn. Bhd. dengan kerjasama Majlis Perbandaran Selayang.

Semoga projek yang bakal dibangunkan ini akan menjadi titik tolak baru bagi kemajuan dan memberi manfaat secara menyeluruh kepada komuniti setempat.

Hadir sama pada majlis ini adalah YBhg. Dato' Johary bin Anuar, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) merangkap Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor (UPEN); Puan Cannis Chan, Pengarah Aura Kemuncak Sdn. Bhd.; Puan Nor Azlina binti Abd Aziz, Pegawai Daerah Gombak; Ahli-Ahli Majlis MPS; wakil-wakil Jabatan dan Agensi Kerajaan; Pengarah dan Kakitangan MPS.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Julai
Tahun
2023

Kejohanan Futsal Amatur Piala Dato’ Seri Amirudin Shari

Kelab Sukan Kebajikan dan Rekreasi Negeri Selangor dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 7 MPS telah menganjurkan Kejohanan Futsal Amatur Piala Dato’ Seri Amirudin Shari. Majlis Penutup Kejohanan telah berlangsung di KSL Sport Futsal, Batu Caves pada 23 Julai 2023. Perasmian dan penyampaian hadiah telah disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor.

Majlis telah menyaksikan pasukan Tot United berjaya menewaskan pasukan Hyper Rich dan dinobatkan sebagai juara kejohanan dengan membawa pulang wang tunai RM2,500 dan pingat kejohanan. Manakala pasukan Hyper Rich sebagai naib juara membawa pulang wang tunai RM2,000 dan pingat. Tempat ketiga menjadi milik pasukan SMM 5 Star dengan hadiah wang tunai RM1,500 dan pingat serta tempat keempat dimenangi oleh pasukan 5KFT dengan hadiah wang tunai RM1,000 dan pingat.

Kejohanan futsal pada kali ini telah menerima sambutan yang amat memberangsangkan dengan penyertaan lebih 300 orang anak muda.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Julai
Tahun
2023

Majlis Bacaan Yasin Anjuran ANULAE Cawangan MPS Dan KSDK MPS

Majlis Bacaan Yasin anjuran ANULAE Cawangan MPS dan Kelab Sukan dan Kebajikan MPS telah diadakan pada 21 Julai 2023 bertempat di Surau MPS.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengajak seluruh warga MPS bermunajat dan memohon kerahmatan serta perlindungan Allah SWT agar dipelihara dan dipermudahkan segala urusan.

Semoga ianya dapat diangkat sebagai amal soleh tanda kita bersyukur dan bersabar atas apa jua ketentuan Allah SWT.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Julai
Tahun
2023

Majlis Perasmian Reka Bentuk Dewan Komuniti dan Rumah Penjawat Awam

YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor telah menyempurnakan Majlis Perasmian Reka Bentuk Dewan Komuniti dan Rumah Penjawat Awam pada 24 Julai 2023 bertempat di Lobi Menara MPS.

Projek pembinaan Dewan Komuniti dan Rumah Penjawat Awam di Bandar Baru Selayang, Daerah Gombak ini merupakan inisiatif kolaboratif antara Kerajaan Negeri Selangor dan pihak Pemaju Aura Kemuncak Sdn. Bhd. dengan kerjasama Majlis Perbandaran Selayang.

Semoga projek yang bakal dibangunkan ini akan menjadi titik tolak baru bagi kemajuan dan memberi manfaat secara menyeluruh kepada komuniti setempat.

Hadir sama pada majlis ini adalah YBhg. Dato' Johary bin Anuar, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) merangkap Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor (UPEN); Puan Cannis Chan, Pengarah Aura Kemuncak Sdn. Bhd.; Puan Nor Azlina binti Abd Aziz, Pegawai Daerah Gombak; Ahli-Ahli Majlis MPS; wakil-wakil Jabatan dan Agensi Kerajaan; Pengarah dan Kakitangan MPS.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Julai
Tahun
2023

Kejohanan Futsal Amatur Piala Dato’ Seri Amirudin Shari

Kelab Sukan Kebajikan dan Rekreasi Negeri Selangor dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 7 MPS telah menganjurkan Kejohanan Futsal Amatur Piala Dato’ Seri Amirudin Shari. Majlis Penutup Kejohanan telah berlangsung di KSL Sport Futsal, Batu Caves pada 23 Julai 2023. Perasmian dan penyampaian hadiah telah disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor.

Majlis telah menyaksikan pasukan Tot United berjaya menewaskan pasukan Hyper Rich dan dinobatkan sebagai juara kejohanan dengan membawa pulang wang tunai RM2,500 dan pingat kejohanan. Manakala pasukan Hyper Rich sebagai naib juara membawa pulang wang tunai RM2,000 dan pingat. Tempat ketiga menjadi milik pasukan SMM 5 Star dengan hadiah wang tunai RM1,500 dan pingat serta tempat keempat dimenangi oleh pasukan 5KFT dengan hadiah wang tunai RM1,000 dan pingat.

Kejohanan futsal pada kali ini telah menerima sambutan yang amat memberangsangkan dengan penyertaan lebih 300 orang anak muda.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Julai
Tahun
2023

Kursus Pengendalian Tumpahan Bahan Kimia MPS

Kursus Pengendalian Tumpahan Bahan Kimia MPS anjuran Jawatankuasa Latihan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan MPS dan Bahagian Latihan & Kompetensi JKP telah diadakan pada 13 Julai 2023 bertempat di Pusat Latihan Selayang 18 dan Bilik Stor Bahan Kimia JPSPK.

Encik Rosly bin Abd Jalil selaku penceramah dari CERT Academy Sdn. Bhd. telah berkongsi tentang kaedah pengendalian, penggunaan, penyimpanan dan pelupusan bahan kimia. Kursus ini telah disertai oleh seramai 30 kakitangan MPS.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Julai
Tahun
2023

Lawatan Penanda Aras Jawatankuasa Induk Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Lawatan Penanda Aras Jawatankuasa Induk Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ke Majlis Perbandaran Selayang telah diadakan pada 13 Julai 2023.

Objektif lawatan ini adalah untuk mempelajari kaedah pelaksanaan EKSA, melakukan pemerhatian, mempelajari strategi-strategi yang digunapakai dan memahami cabaran-cabaran yang perlu diuruskan dalam pelaksanaan EKSA.

Semoga dengan lawatan ini, MPS dapat membantu memberi aspirasi kepada UTHM untuk terus komited dalam pelaksanaan EKSA.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Julai
Tahun
2023

Lawatan Penanda Aras Gombak-Hulu Langat Geopark

MPS telah menerima kunjungan Kerajaan Negeri Perlis bagi Lawatan Penanda Aras Gombak-Hulu Langat Geopark pada 11 Julai 2023. Lawatan ini bertujuan untuk membantu memperkukuhkan persediaan pihak Kerajaan Negeri Perlis dalam menjalani sesi penilaian kebangsaan yang akan diadakan pada September 2023 dengan penuh kecemerlangan.

Mereka telah dibawa melawat Galeri Batu Arang, Tapak Lombong Arang Batu, Sekolah Kebangsaan Batu Arang, Gua Ekstrem Wira Damai dan Gua Batu Caves yang telah diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan ke-7 di bawah Program Pembangunan Geopark Malaysia.

MPS mengucapkan selamat maju jaya kepada Kerajaan Negeri Perlis untuk menghadapi sesi penilaian kebangsaan akan datang dan seterusnya menjadi ahli baru di dalam Keluarga Geopark Kebangsaan di Malaysia.

YB Tuan Megat Hashirat bin Hassan, YB Exco Alam Sekitar, Bioteknologi dan Teknologi Hijau Negeri Perlis telah mengetuai lawatan. Turut hadir Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, TYDP MPS; Tuan Azrul Shah Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor merangkap Pengerusi GHLGp; Tuan Rusli bin Tuan Mohamed, Pengarah Jabatan Mineral & Geosains Selangor / Wilayah Persekutuan; ketua-Ketua dan wakil-wakil dari Jabatan Negeri Selangor.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Julai
Tahun
2023

Siri Program Pengukuhan Integriti 2023

Bagi menerapkan nilai integriti dalam kalangan kakitangan, MPS meneruskan Siri Program Pengukuhan Integriti 2023 dengan menganjurkan Taklimat Kesedaran Pengurusan Wang Peribadi dalam Kalangan Kakitangan MPS bersama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) pada 11 Julai 2023 bertempat di Dewan Keraian, Menara MPS.

Taklimat telah disampaikan oleh Puan Noor Hidayah binti Shafiee, Pegawai Kanan, Jabatan Khidmat Nasihat Kewangan dan Kelestarian Pelanggan AKPK Cawangan Kuala Lumpur. Turut hadir sama adalah Encik Rozaihan bin Ramli, Ketua Unit Integriti MPS.

Perkongsian tersebut memberi pengetahuan dan panduan berkenaan perancangan kewangan yang teratur dan konsisten demi meneruskan kelangsungan kehidupan dalam memenuhi keperluan serta kehendak. Taklimat ini merupakan inisiatif MPS bersama AKPK untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman kepada kakitangan MPS terutamanya dalam menangani masalah berkaitan pengendalian pengurusan kewangan serta pendedahan kemahiran untuk menguruskan kewangan peribadi masing-masing.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Julai
Tahun
2023

Majlis Perhimpunan Bulan Jun 2023

Majlis penyampaian hadiah Program Gaya Hidup Sihat bagi Kakitangan MPS Tahun 2022 dan sumbangan Dermasiswa SPM Tahun 2022 telah diadakan pada Majlis Perhimpunan Bulan Jun 2023 Peringkat MPS. Majlis ini telah diadakan pada 27 Jun 2023 bertempat di Lobi Menara MPS.

Seramai 5 orang anak-anak ahli ANULAE yang cemerlang dalam SPM 2022 telah menerima sumbangan dermasiswa daripada pihak ANULAE MPS, manakala bagi Program Gaya Hidup Sihat MPS 2022 anjuran MBJ MPS, 3 peserta terbaik dengan penurunan berat badan terbanyak turut menerima ganjaran wang tunai.

Penyampaian telah disempurnakan oleh Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS diiringi oleh Encik Mohd Zin bin Masoad, Pengarah Jabatan Korporat; Puan Ruzani binti Sohot, Pengerusi ANULAE Cawangan MPS dan Encik Mohd Hattamizi bin Ahmad Tajuddin, Pengerusi MBJ MPS.

Majlis perhimpunan kali ini turut dihadiri oleh Ahli-Ahli Majlis MPS, para pengarah jabatan serta kakitangan MPS.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Julai
Tahun
2023