Info Bahagian Pengurusan Projek dan Fasiliti
|
Bahagian Pengurusan Projek & Fasiliti, MPS bertanggungjawab merancang, menyelaras serta memantau pelaksanaan projek-projek menaiktaraf dan penyelenggaraan fasiliti bagi memastikan kemudahan dan aset-aset bangunan Majlis Perbandaran Selayang dapat berfungsi dengan baik, selamat dan berkesan selaras dengan objektif organisasi.
FUNGSI & TANGGUNGJAWAB
Bahagian Pengurusan Projek dan Fasiliti bertanggungjawab menjalankan aktiviti seperti berikut:
-
Merancang, melaksanakan dan menyelia kerja-kerja penyelenggaraan aset bangunan / fasiliti Majlis Perbandaran Selayang yang melibatkan skop kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrikal.
-
Menyelaras dan melaksanakan projek-projek menaiktaraf / penyelenggaraan yang melibatkan peruntukan MPS, kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.
-
Mengurus dan menyelesaikan aduan-aduan diterima yang melibatkan penyelenggaraan bangunan pejabat dan bangunan bukan pejabat seperti dewan, gerai dan pasar awam.
-
Menguruskan stor alatan penyelenggaraan bangunan dengan melaksanakan penerimaan, perekodan, penyimpanan, pengendalian dan pengeluaran stok.
-
Menguruskan pendaftaran aset / komponen yang berkaitan penyelenggaraan bangunan.
-
Menguruskan projek-projek menaiktaraf dan penyelenggaraan bangunan awam (bukan milik MPS) yang melibatkan peruntukan kerajaan negeri dan persekutuan yang disalurkan melalui MPS.
|
Ketua Bahagian
Hafizan Bin Khamis
Timbalan Ketua Bahagian
Rodzman Bin Roslan
Ketua Kerani
Rafidah Binti Sharif
Bahagian / Unit
Tiada
Jumlah kakitangan
21 orang
Tingkat Bawah, Bangunan Lama MPS
03-61265806
|