603-6126 5800 [email protected]

MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

Pemacu Perbandaran Berdaya Huni Ke Arah Status Bandaraya Pada 2030

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pegawai Pilihan Raya Umum Dewan Negeri Selangor Ke-15

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan kepada pegawai MPS yang akan bertugas sebagai Pegawai Pilihan Raya Umum Dewan Negeri Selangor Ke-15 bagi 3 kawasan iaitu DUN N.13 Kuang, DUN N.14 Rawang dan DUN N.15 Taman Templer telah diadakan pada 7 Julai 2023 bertempat di Dataran MPS.
 
Watikah pelantikan ini telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, YDP MPS juga selaku Pegawai Pengurus bagi kawasan DUN N.15 Taman Templer. Bagi DUN N.14 Rawang, Pegawai Pengurus yang dilantik adalah Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, TYDP MPS manakala Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Penolong Setiausaha MPS dilantik sebagai Pegawai Pengurus bagi kawasan DUN N.13 Kuang.  

Selamat bertugas diucapkan kepada 18 orang pegawai MPS yang telah dilantik sebagai Penolong Pegawai Pengurus dan Ketua Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya bagi membantu barisan pengurusan pilihan raya pada kali ini.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Julai
Tahun
2023