603-6126 5800 [email protected]

MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

Pemacu Perbandaran Berdaya Huni Ke Arah Status Bandaraya Pada 2030

Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan MPS Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022

Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan MPS Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022 bersama Jabatan Audit Negara Negeri Selangor telah diadakan pada 28 Julai 2023 bertempat di Bilik Anggerik, Menara MPS.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, Yang Dipertua MPS. Pihak Jabatan Audit Negara Negeri Selangor telah diwakili oleh Puan Zirawati binti Kadir, Pengarah Audit Negeri Selangor; Dr. Mona binti Othman, Timbalan Pengarah Audit Negeri Selangor; Encik Tay Yih Thern, Penolong Pengarah Audit dan Puan Nurul Noorhanina Akma binti Mohd Borhan, Penolong Juruaudit.

Berdasarkan Pengauditan Pengesahan Penyata Kewangan yang telah selesai dijalankan, MPS telah berjaya memperolehi Sijil Bersih Kewangan kali ke-19.

Turut serta pada mesyuarat ini adalah Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS, Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Penolong Setiausaha MPS dan pegawai-pegawai yang menjalankan pengauditan.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Julai
Tahun
2023