603-6126 5800 [email protected]

MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

Pemacu Perbandaran Berdaya Huni Ke Arah Status Bandaraya Pada 2030

2023

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani Sempena Jelajah #KitaSelangor Aidilfitri

Sambutan luar biasa dengan kehadiran lebih 35 ribu orang di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani sempena Jelajah #KitaSelangor Aidilfitri pada 14 Mei 2023. 

Majlis yang penuh dengan kemeriahan ini telah dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia bersama YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor.

Rumah Terbuka anjuran Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor ini turut dihadiri oleh barisan menteri kabinet, pimpinan negeri, ketua-ketua jabatan di peringkat Persekutuan dan Negeri serta wakil-wakil agensi kerajaan dan swasta. 

Sebanyak 29 buah gerai dengan kerjasama 22 agensi daerah Gombak telah menghidangkan 42 jenis menu seperti sate, kambing golek, dimsum dan sebagainya buat para pengunjung di majlis ini. Selain itu, majlis turut diserikan oleh persembahan istimewa oleh Dato’ M.Nasir, Dayang Nurfaizah dan Pija Yasin.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Mei
Tahun
2023

Program Rewang Sekampung

Program Rewang Sekampung telah diadakan pada 14 Mei 2023 bagi persiapan juadah khas yang dihidangkan di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani sempena Jelajah #KitaSelangor Aidilfitri Daerah Gombak. YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor turut hadir untuk bersama-sama dengan penduduk kampung bagi memasak juadah khas yang berkonsepkan makanan Melayu.

Program Rewang Sekampung anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Gombak ini bertujuan menghidupkan kembali amalan tradisi dalam kalangan masyarakat. Menerusi program ini penduduk dapat merasai pengalaman majlis rewang yang merupakan tradisi masyarakat melayu di kampung-kampung. Antara juadah khas unik yang dihidangkan adalah Lemang Daun Lerek, Rendang Minang dan lain-lain.

Turut hadir YBrs. Puan Nor Azlina binti Abdul Aziz, Pegawai Daerah Gombak, YB Tuan Chua Wei Kiat, Ahli Dewan Negeri Rawang; YB Tuan Haji Saari bin Sungib, Ahli Dewan Negeri Hulu Kelang dan YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, YDP MPS.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Mei
Tahun
2023

Kembara Media 2023 Peringkat Negeri Selangor

Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Selayang telah menganjurkan program Kembara Media 2023 peringkat negeri Selangor pada 9 Mei 2023 bertempat di Dewan Orang Ramai Kampung Melayu Wira Damai, Gombak, Selangor.

Program ini melibatkan seramai 22 orang pengamal media dari 15 agensi media seluruh Malaysia bagi penyediaan kandungan feel good stories terhadap usaha-usaha pembangunan Kerajaan Negeri Selangor.

Pengisian utama program ini juga adalah Sesi Ramah Mesra Bersama Media yang telah disempurnakan oleh YB Tuan Borhan Aman Shah,
Exco Pembangunan Luar Bandar & Kampung Tradisi dan Adat Istiadat Melayu, Kebudayaan & Warisan Negeri Selangor mewakili YAB Dato' Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Mei
Tahun
2023

Persiapan Rumah Terbuka Malaysia Madani Negeri Selangor Peringkat Daerah Gombak

Sekitar turun padang bersama YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, YDP MPS bagi meninjau persiapan di tapak Rumah Terbuka Malaysia Madani Negeri Selangor peringkat Daerah Gombak bersempena Jelajah #KitaSelangor Aidilfitri Tahun 2023 yang akan berlangsung pada 14 Mei 2023 ini. 

Turut hadir ialah YBrs. Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, TYDP MPS, dan pengarah-pengarah Jabatan MPS. 

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Mei
Tahun
2023

Majlis Perhimpunan Bulanan dan Ceramah Ambang Syawal 1444H

Sekitar Majlis Perhimpunan Bulanan dan Ceramah Ambang Syawal 1444H yang telah diadakan pada 17 April 2023 bertempat di Lobi Menara MPS. 

Pada majlis ini, YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, YDP MPS  telah berkesempatan menyampaikan ucapan sempena menyambut Aidilfitri yang bakal tiba. 

Turut diadakan penyampaian sumbangan pek Syawal oleh Kelab Sukan dan Kebajikan (KSDK) MPS. Pihak ANULAE Cawangan MPS bersama KSDK MPS turut berkesempatan menyampaikan bantuan kepada 15 orang penerima golongan asnaf daripada kalangan kakitangan MPS.

Di akhir majlis telah diadakan ceramah bertajuk 'Ramadan Dihayati, Syurga Dinanti' yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Zulkifli bin Ahmad.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
April
Tahun
2023

Jualan Kasih Ramadan

ANULAE Cawangan MPS dengan kerjasama Kesatuan Kakitangan FAMA (KEKAF) telah menganjurkan jualan kasih Ramadan pada 17 April 2023 bertempat di Pekarangan Menara MPS. 

Obejktif program ini adalah mempromosi hasil pertanian yang berkualiti dan selain mempromosi produk tempatan.  Antara yang dijual ialah barangan keperluan harian seperti telur, ayam, sayur-sayuran dan produk makanan.

YBhg Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, YDP MPS bersama pihak pengurusan MPS turut berkesempatan meninjau tapak-tapak jualan tersebut. 

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
April
Tahun
2023

Mesyuarat Majlis Bil. 4/2023

Sekitar Mesyuarat Majlis Bil. 4/2023 yang telah berlangsung pada 17 April 2023 bertempat di Bilik Siantan, Bangunan Lama MPS. 

Mesyuarat majlis ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, YDP MPS. Turut hadir dalam mesyuarat ini Timbalan YDP MPS, Ahli-ahli Majlis MPS dan Pengarah-pengarah Jabatan MPS. 

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani 
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
April
Tahun
2023

Kursus Ilmu Keluarga@LPPKN Bersama Staf Majlis Perbandaran Selayang

Kursus Ilmu Keluarga@LPPKN bersama Staf Majlis Perbandaran Selayang anjuran LPPKN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah diadakan di Pusat Latihan MPS, Selayang 18, Bandar Baru Selayang pada 13 April 2023.

Pengisian program ialah Nostalgia Ramadan "Dulu & Sekarang" oleh En Muhammad Afiq bin Ab Latif

• Topik 2 : "Cantik, Sihat & Menawan" di Bulan Ramadan oleh Pn Siti Norsafiah binti Mohd Yusoff

• Topik 3 : Suntikan Ramadan "Hati Senang" oleh En Muhammad A'zmuddin bin Paiman

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
April
Tahun
2023

Konvoi Bermotosikal Sempena Program Kembara Kasih Ramadan MPS 2023

Majlis pelepasan konvoi bermotosikal untuk penyerahan sumbangan kepada Rumah Kasih Sayang Baitul Mahabbah, Bandar Tasik Puteri Rawang sempena Program Kembara Kasih Ramadan MPS 2023 anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan (KSDK) MPS dan ANULAE Cawangan MPS telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, Yang Dipertua MPS pada 10 April 2023 bertempat di hadapan Lobi Menara MPS. 

Kembara pada kali ini turut berkolaborasi bersama pasukan bermotor dari Superbike Association Malaysia Kuala Lumpur (SAMKL) yang diketuai oleh YBhg. Datuk Azman Maat, Presiden SAMKL. 

Turut serta dalam konvoi ini ialah Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
April
Tahun
2023

Program Ihya’ Ramadan MPS 2023

MPS telah menjalin kolaborasi bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk sumbangan kepada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Kasih (PPDK) Templer Autisma sempena program Ihya’ Ramadan MPS tahun 2023 yang diadakan pada 10 April 2023 bertempat di PPDK Kasih Templer Autisma, Taman Seri Melati. 

Pada program ini YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, YDP MPS telah menyampaikan sumbangan dari MPS berupa barangan elektrik dan keperluan harian beserta sumbangan sepasang pakaian raya dan duit raya kepada 49 orang ahli pusat termasuk penjaga PPDK.

Pihak PERKESO turut berbesar hati menyumbangankan wang tunai berjumlah RM 3,000 kepada YBhg. Dato’ Haji Saiful Bahri Abdul Hadi, Pengerusi Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Kasih Templer Autisma. 

Turut hadir, YBrs. Encik Mustaza bin Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Badan Berkanun Malaysia; YBrs. Encik Ismail bin Abi Hashim, Pengarah PERKESO Negeri Selangor; YBrs. Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS; YBrs. Tuan U Chin Ong, Ahli Majlis Zon 12 MPS bersama pengarah jabatan MPS. 

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
April
Tahun
2023