603-6126 5800 [email protected]

MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

Pemacu Perbandaran Berdaya Huni Ke Arah Status Bandaraya Pada 2030

2023

Kempen Hargai Makanan, Elak Pembaziran

YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, YDP MPS bersama wakil barisan pengurusan tertinggi MPS hari ini telah turun ke tapak Bazar Ramadan Selayang Utama bagi melancarkan ‘Kempen Hargai Makanan, Elak Pembaziran’!. Kempen ini berobjektif untuk memberi kesedaran kepada kemasyarakatan untuk mengelakkan pambaziran dan mengurangkan penghasilan sisa. 

Ybhg.  Dato’ YDP turut berkesempatan menyantuni dan menyerahkan kit berupa apron, topi dan risalah kepada peniaga bazar ramadan untuk digunakan semasa menjalankan perniagaan.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
April
Tahun
2023

Perasmian Papan Tanda ‘Selayangku Sayang’

Sekitar perasmian papan tanda ‘Selayangku Sayang’ yang telah disempurnakan oleh YBhg, Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, YDP MPS pada 4 April 2023. 

Inisiatif papan tanda tersebut adalah usaha kerjasama JKP Zon 12 dan pihak swasta melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR) sebagai simbolik penandaan kawasan naungan JKP Zon dan juga meningkatkan kecerian kawasan. 

Majlis perasmian papan tanda ini turut dihadiri oleh pengurusan tertinggi MPS bersama Tuan U Chin Ong, Ahli Majlis Zon 12. 

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
April
Tahun
2023

Majlis Iftar YAB Dato’ Menteri Besar Selangor

Majlis Iftar YAB Dato’ Menteri Besar Selangor Bersama agensi Kerajaan Daerah Gombak Tahun 2023 telah berlangsung pada 29 Mac 2023 bertempat di Dewan Beringin, Sri Gombak.

Turut hadir pada majlis ini ialah YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, YDP MPS bersama barisan pengurusan MPS. 

Pada majlis ini, YAB Dato’ Menteri Besar Selangor telah melancarkan Selangor Bertadabbur 5.0 dan turut menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM 5,000 kepada Kelab Sukan Dan Kebajikan MPS. 

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
April
Tahun
2023

Majlis Rapat Rahmah Ramadan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor Bersama Penjawat Awam Negeri Selangor Tahun 2023

Majlis Rapat Rahmah Ramadan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor Bersama Penjawat Awam Negeri Selangor Tahun 2023 telah berlangsung pada 31 Mac 2023 bertempat di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam. 

Turut hadir pada majlis ini ialah YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, YDP MPS, YBrs. Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, TYDP MPS bersama YBrs. Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Penolong Setiausaha MPS. 

YAB Dato’ Menteri Besar Selangor turut mengumunkan Insentif Khas Kita Selangor kepada sempena Aidilfitri.

Terima kasih dari seluruh warga MPS. 

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
April
Tahun
2023

Program Jom Masak Bubur Lambuk Bersama Anak Muda

Bersempena Sambutan Ramadan 1444H, JKP Zon 14 telah menganjurkan Program Jom Masak Bubur Lambuk Bersama Anak Muda pada 1 April 2023 bertempat di Dewan KRT Taman Bersatu B, Tasik Taman Bersatu.

Program yang berokjektif untuk mengimarahkan sambutan bulan Ramadan selain memupuk semangat gotong royong dalam kalangan anak muda telah disertai oleh seramai 60 peserta termasuk pelajar dari SMK Rawang, SAM Rawang dan SMK Tun Perak. Sebanyak 400 bekas bubur lambuk akan diedarkan kepada penduduk sekitar dan Pusat Jagaan OKU Nur di Kampung Melayu Batu 16, Rawang.

Turut hadir pada program ini adalah Tuan TPr. Affendei bin Samingan, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat MPS.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
April
Tahun
2023

Pemenang Cabutan Bertuah MyMPS

Tahniah diucapkan kepada 11 orang pemenang cabutan bertuah MyMPS sempena sambutan 25 tahun Majlis Perbandaran Selayang tahun 2022 yang telah diadakan pada 31 Mac 2023, bertempat di Lobi Menara MPS. 

Hadiah berupa wang tunai RM 1,000, RM 1,500 dan hadiah utama RM 5,000 telah disampaikan oleh Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS. 

Turut hadir pada majlis ini ialah YAD Dato’ Paduka Raja Tan Sri Dato’ Dr Haji Wan Mahmood bin Pa’wan Teh Orang Kaya Maha Bijaya, Orang Besar Daerah Gombak ; YBrs. Tuan Haji Azhar bin Samsuri, Penolong Setiausaha MPS ; barisan Ahli Majlis MPS bersama para pengarah jabatan MPS.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Mac
Tahun
2023

Mesyuarat Majlis Bil 3/2023

Sekitar Mesyuarat Majlis Bil 3/2023 yang berlangsung pada 31 Mac 2023 bertempat di Bilik Siantan, Bangunan Lama MPS. 

Mesyuarat majlis ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, TYDP MPS. Turut hadir dalam mesyuarat ini Ahli-ahli Majlis MPS dan Pengarah-pengarah Jabatan MPS. 

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani 
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Mac
Tahun
2023

Majlis Penutup Program Pengukuhan Integriti Tahun 2023

Majlis Penutup Program Pengukuhan Integriti Tahun 2023 Bagi Taklimat Tanggungjawab Penguatkuasaan Anggota Penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bersama Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) telah dirasmikan oleh Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS pada 31 Mac 2023 bertempat di Dewan Simfoni, Taman Rimba Bukit Lagong.

Taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberi penerangan tentang tanggungjawab sebagai anggota penguatkuasa yang berintegriti dalam menjalankan tugas serta memberi pendidikan dan pembudayaan supaya mempunyai nilai-nilai integriti dan tidak terlibat dengan gejala rasuah.

Taklimat telah disampaikan oleh Puan Nura Ashikin binti Mior Muhamad Sharudin, Pegawai Undang-Undang (Bahagian Operasi) EAIC. Turut hadir ke taklimat tersebut Tuan Ahmad Faisal bin Badiuzaman, Pengarah Penguatkuasa & Keselamatan MPS dan Encik Rozaihan bin Ramli Ketua Unit Integriti MPS.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Mac
Tahun
2023

Kunjungan Hormat Kolej Komuniti Selayang

Pengarah Kolej Komuniti Selayang, Dr Rasmuna binti Hussain bersama barisan pengurusan Kolej Komuniti Selayang hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke MPS disambut Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, Yang Dipertua MPS bertempat di Bilik Anggerik, Tingkat 9 Menara MPS. 

Sesi kunjungan hormat ini diadakan untuk berkongsi dan bertukar pandangan di antara MPS dan Kolej Komuniti Selayang disamping mengeratkan kerjasama strategik pada masa akan datang.

Turut hadir Tuan LAr. Mokhtar Affandi bin Abdul Ghani, Pengarah Jabatan Landskap; Tuan TPr. Affendei bin Samingan, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat serta wakil dari Jabatan Korporat. 

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Mac
Tahun
2023

Kunjungan Delegasi Tongyong City Council

MPS telah menerima kunjungan delegasi daripada Tongyong City Council, Korea Selatan pada 24 Mac 2023.

Dato’ YDP telah meraikan delegasi yang diketuai oleh Mrs. Min Ok Kim, Chairmain Tongyong City Council bersama 17 orang terdiri daripada Ahli-ahli Majlis dan kakitangan.  

Taklimat berkenaan MPS telah disampaikan oleh En Ahmad Fauzi bin Ishak, Timbalan Pengarah Jabatan Korporat.

Delegasi telah dibawa melawat ke Kebun Komuniti Garden 8, Taman Perwira Gombak dan pusat pelancongan Gua Batu Caves.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Mac
Tahun
2023