603-6126 5800 [email protected]

MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

Pemacu Perbandaran Berdaya Huni Ke Arah Status Bandaraya Pada 2030

2023

Program “Gigi Saya Cantik Dan Sihat”

Majlis Perbandaran Selayang bersama Klinik Pergigian Selayang Baru telah menganjurkan program “Gigi Saya Cantik Dan Sihat” pada 16 Mac 2023 di taska MPS.

Program yang melibatkan seramai 16 orang kanak-kanak daripada taska MPS yang berumur 1 hingga 4 tahun untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak taska dalam penjagaan kesihatan gigi dan mulut serta cara-cara menggosok gigi dengan betul.

Program ini akan diteruskan secara berkala bagi memberikan informasi kepada kanak-kanak serta mencegah kerosakan gigi sejak di awal usia. 

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Mac
Tahun
2023

Majlis Perhimpunan Bulanan dan Ceramah Ambang Ramadan 1444H

Majlis Perhimpunan Bulanan dan Ceramah Ambang Ramadan 1444H telah berlangsung pada 22 Mac 2023 di Lobi Menara MPS. 

Pada majlis ini, Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi telah berkesempatan menyampaikan ucaptama beliau bersempena pelantikan beliau sebagai Timbalan Yang Dipertua MPS yang baharu berkuatkuasa pada 1 Mac 2023 yang lalu. 

Turut diadakan penyampaian sijil pengiktirafan 5 bintang SPB-PBT dan penyampaian Silver Award bagi kategori Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam Asia (PSIA) yang telah dirangkul oleh kumpulan KIK Smart Scape MPS menerusi projek inovasi mereka. 

Bersempena dengan ketibaan bulan Ramadan Al-Mubarak, Kelab Sukan Dan Kebajikan MPS turut berkesempatan melancarkan Tabung Kasih Ramadan bagi mengumpul dana untuk disumbangkan kepada kakitangan asnaf dan ibu tunggal MPS.

Di akhir majlis telah diadakan ceramah yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Zulhazwan bin Ismail. 

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Mac
Tahun
2023

Program Kitar Semula E-Waste & Pengumpulan Minyak Masak Terpakai

Unit Kitar Semula Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal & Kesihatan MPS membuat pameran sempena Program Kitar Semula E-Waste & Pengumpulan Minyak Masak Terpakai. Pameran tersebut adalah berkaitan dengan barang kitar semula, pembelian barang kitar semula seperti kertas putih, kotak, tin dan sebagainya. Turut diadakan demonstrasi membuat lilin daripada minyak masak terpakai.

Bagi yang berkelapangan, anda dijemput untuk datang beramai-ramai melawat pameran tersebut pada hari ini, 22 Mac 2023 bertempat di KPJ Rawang.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Mac
Tahun
2023

Operasi Membenteras Pembuangan Sampah Haram

Operasi membenteras pembuangan sampah haram di kawasan pentadbiran MPS membawa kepada sitaan 3 buah lori sampah. Pemilik-pemilik lori terbabit telah dikompaun mengikut UUK 21, Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (MPS) 2007.

Sitaan dibuat di lokasi Lot. 17513 dan 2578 Belakang Masjid Zakaria Batu 8 Gombak, Selangor pada 1 Mac 2023.

MPS ingin memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil kepada pihak yang tidak bertanggungjawab menjalankan aktiviti ini. 

Buang Sampah Di Tempat Yang Dibenarkan.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Mac
Tahun
2023

Audit Pensijilan Semula MS ISO 9001:2015 Dan ISO/IEC 27001:2013

Pasukan Audit daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd telah hadir bagi Audit Pensijilan Semula MS ISO 9001:2015 dan ISO/IEC 27001:2013 pada 15 hingga 17 Mac 2023.

Seramai lima auditor SIRIM telah hadir membuat pengauditan tersebut dan Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Penolong Setiausaha MPS telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Audit Pensijilan Semula MS ISO 9001:2015 dan ISO/IEC 27001:2013 di mana MPS telah diluluskan untuk penyambungan semula.

MPS mengambil maklum terhadap segala maklumbalas yang diberikan bagi meningkatkan lagi keberkesanan dan kecekapan mutu penyampaian perkhidmatan MPS.

SIRIM QAS International
#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Mac
Tahun
2023

Majlis Anugerah Badan Pengurusan Bersama (JMB) & Badan Pengurusan (MC) MPS

Majlis Anugerah Badan Pengurusan Bersama (JMB) & Badan Pengurusan (MC) MPS telah diadakan pada 14 Mac 2023 bertempat di Dewan Keraian, Menara MPS.

Sebanyak 7 skim strata telah diberikan Anugerah JMB/MC dan 3 skim strata telah diberikan Anugerah JMB/MC Terbaik bagi kategori kos rendah, kos sederhana dan kos tinggi. Penganugerahan ini adalah bagi memastikan komuniti strata dapat melahirkan kawasan yang kondusif dan harmoni serta memberi impak positif ke arah kecemerlangan skim strata.

Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, Yang Dipertua MPS turut melancarkan sistem ODESI eCOB MPS iaitu sebuah sistem pengurusan bangunan berstrata yang mudah diakses melalui platform mudah alih digital.

Hadir sama pada majlis ini, Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS, Tuan Loh Ken-Ji, Ketua Pegawai Eksekutif ODESI eCOB Sdn.Bhd., Ahli-Ahli Majlis MPS dan para pengarah MPS.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Mac
Tahun
2023

Pemeriksaan Premis Pengendalian Makanan Di Kepong Industrial Park (KIP)

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah membuat pemeriksaan ke atas sebuah premis pengendalian makanan di Kepong Industrial Park (KIP) pada 15 Mac 2023. 

Hasil pemeriksaan telah menjumpai najis tikus di dalam kawasan premis tersebut. Selain itu, terdapat juga beberapa kesalahan dari sudut kebersihan dan kesihatan yang lain. Antaranya ialah pelepasan sisa ‘effluent’ terus ke dalam longkang awam, meletakkan bahan mentah di atas lantai, peti sejuk tidak di selenggara dan boleh menyebabkan pencemaran silang berlaku. Premis juga didapati tiada semburan racun perosak dilaksanakan.

Hasil pemeriksaan keseluruhan mendapati markah penggredan adalah sebanyak 38%. Operasi penutupan premis telah dilaksanakan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan MPS 2007 dan kompaun di bawah undang-undang sama telah diberi kerana melepaskan sisa ‘effluent’ terus ke dalam longkang awam (Seksyen 20).

Premis ini diarahkan tutup mulai dari 15 hingga 29 Mac 2023 (14 hari) supaya kerja-kerja pembersihan boleh dijalankan.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbtersama
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Mac
Tahun
2023

Majlis Perasmian Garis Panduan Pendaftaran & Pelesenan Perniagaan Dalam Talian Negeri Selangor Dan Pameran Pelesenan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor

Majlis Perasmian Garis Panduan Pendaftaran & Pelesenan Perniagaan Dalam Talian Negeri Selangor Dan Pameran Pelesenan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor

Majlis Perasmian Garis Panduan Pendaftaran & Pelesenan Perniagaan Dalam Talian Negeri Selangor dan Pameran Pelesenan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor telah diadakan pada 16 Mac 2023 bertempat di Bangunan Annex, Bangunan Dewan Negeri Selangor.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Tuan Ng Sze Han, Exco Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam Negeri Selangor. Penyampaian sijil penghargaan telah disampaikan kepada 12 penerima Lesen Perniagaan Dalam Talian bagi setiap PBT. Pameran mengenai MPS turut diadakan di reruai majlis tersebut.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Mac
Tahun
2023

Operasi Sitaan Kenderaan Berat

Operasi Sitaan Kenderaan Berat

Sebanyak 2 buah lori (5 tan ke atas) telah disita dan 4 buah lori telah dikompaun dalam satu Operasi Sitaan Kenderaan Berat oleh Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan MPS pada 8 Mac 2023 bertempat di Taman Selayang Mutiara. Selain itu, 2 buah lori (5 tan ke atas) juga turut disita di Taman Garing Gemilang.

Tindakan sitaan ini telah diambil dibawah Undang-Undang Kecil Taman (MPS) 2005, UUK7(1) Kenderaan melebihi 2 tan selain kepunyaan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun tidak boleh masuk ke mana-mana taman tanpa kebenaran bertulis daripada Yang Dipertua.

Operasi yang tamat pada 3.00 pagi ini diketuai oleh Tuan Ahmad Faizal bin Badiuzaman, Pengarah Penguatkuasa bersama-sama 20 anggota penguatkuasa yang lain. Hadir sama pada operasi itu Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS.

MPS akan sentiasa membuat pemantauan dan menjalankan operasi dari semasa ke semasa. Diharapkan pemilik lori dapat mematuhi peraturan serta undang-undang yang telah ditetapkan.

Tarikh Berita
Bulan
Mac
Tahun
2023

Misi Bantuan Kita Selangor Penyayang Fasa Kedua

Misi Bantuan Kita Selangor Penyayang Fasa Kedua

MPS telah menyertai inisiatif Kerajaan Negeri Selangor meneruskan Misi Bantuan Kita Selangor Penyayang Fasa Kedua ke Johor untuk menghantar sumbangan makanan dan minuman serta bantuan pembersihan diketuai oleh ASP Thivanrao A/L dan dibantu 17 orang Anggota dan 5 buah jentera.

Sesi pelepasan ini telah disempurnakan oleh Encik Mohamad Zin bin Masoad, Pengarah Jabatan Korporat pada 8 Mac 2023 bertempat di Lobi Menara MPS.

Diharapkan sumbangan berupa makanan dan minuman ini dapat meringankan beban mangsa banjir dan bantuan pembersihan pula akan memfokuskan aktiviti pembersihan rumah serta pembuangan sisa-sisa sampah akibat banjir tersebut.

Turut hadir pada sesi pelepasan itu Tuan Ahmad Faizal bin Badiuzaman, Pengarah Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan MPS dan Puan Mazurah binti Mohamed, Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan MPS.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Mac
Tahun
2023