603-6126 5800 [email protected]

MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

Pemacu Perbandaran Berdaya Huni Ke Arah Status Bandaraya Pada 2030

2023

Program Latihan Pembangunan Penjaja Mikro Selangor

Program Latihan Pembangunan Penjaja Mikro Selangor

Majlis Perbandaran Selayang dengan kerjasama Platform Selangor (PLATS) telah menganjurkan Program Latihan Pembangunan Penjaja Mikro Selangor kepada Pengelola Bazar Ramadan 2023 dan Penyewa Gerai MPS pada 7 Mac 2023 bertempat di Dewan Beringin, Taman Sri Gombak.

Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS turut hadir menyempurnakan acara penyampaian sijil penyertaan dan hadiah pertandingan "Jom Digitalisasi & Menangi RM 100" kepada para peserta.

Menerusi program ini, para peserta didedahkan dengan asas digitalisasi perniagaan, adaptasi transaksi pembayaran tanpa tunai, pengurusan media sosial dan sebagainya oleh penceramah dari PLATS. Turut dibuka kaunter aduan MPS dan kaunter perkhidmatan oleh agensi-agensi berkaitan bagi membantu penjaja dan peniaga untuk memudahkan urusan perniagaan mereka.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Mac
Tahun
2023

JKSTP Draf Rancangan Tempatan Kawasan Khas Bandar Batu Arang 2030

PROGRAM JAWATANKUASA SIASATAN DAN PENDENGARAN BATU ARANG

Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan dan Pendengaran (JKSTP) Draf Rancangan Tempatan Kawasan Khas Bandar Batu Arang 2030 telah diadakan pada 7hb Mac 2023 di Bilik Siantan, yang telah dipengerusikan oleh YB Tuan Ng Sze Han, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru Negeri Selangor.

Mesyuarat JKSTP ini merupakan proses seterusnya selepas publisiti Draf RKK Bandar Batu Arang 2030 diadakan pada Oktober yang lalu dimana sebanyak 7 borang bantahan dan cadangan telah diterima.

Turut hadir sama pada sesi bantahan ini, Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS; Tuan TPr. Khairulzaman bin Ibrahim, Pengarah PlanMalaysia Negeri Selangor; Tuan Muhammad Izhan bin Yazin, Timbalan Pengarah, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia; Encik Abdul Rahman bin Mohamed Sedek, Penolong Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Selangor ; Tuan TPr. Khairon Zairee bin Basiron, wakil Lembaga Perancang Bandar Malaysia dan Encik Mohd Shahril bin Yaakob, Penolong Pegawai Daerah, Pejabat Daerah Dan Tanah Gombak.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Mac
Tahun
2023

Program Hari Bebas Karbon 2023

Program Hari Bebas Karbon 2023

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dengan kerjasama Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP) dan MIP Cycling Club telah menganjurkan Program Hari Bebas Karbon 2023 yang telah dirasmikan oleh YAD Dato’ Paduka Raja Tan Sri Dato’ (Dr) Hj Wan Mahmood bin Pa’ Wan The, Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya, Orang Besar Daerah Gombak pada 5 Mac 2023 bertempat di Puteri Central Park (PCP), Bandar Tasik Puteri, Rawang.

Program ini bertujuan untuk mengurangkan penggunaan kenderaan dan pelepasan asap karbon monoksida yang boleh menyebabkan pencemaran udara selain menggalakkan komuniti mengamalkan gaya hidup sihat. Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya senamrobik, fun walk, berbasikal, pemeriksaan kesihatan dan cabutan bertuah buat para pengunjung.

Program turut dihadiri oleh Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, TYDP MPS; wakil-wakil dari MIP, Ahli-Ahli Majlis MPS dan pengarah-pengarah jabatan MPS.

Tarikh Berita
Bulan
Mac
Tahun
2023

Majlis Pelancaran Program Minyak Masak Terpakai Negeri Selangor

Majlis Pelancaran Program Minyak Masak Terpakai Negeri Selangor

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menerima peruntukan sebanyak RM10,000.00 di Majlis Pelancaran Program Minyak Masak Terpakai Negeri Selangor yang telah dirasmikan oleh YB Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad Mughni, EXCO Jawatankuasa Tetap Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Negeri Selangor pada 4 Mac 2023 bertempat di Masjid Kota Raja Klang.

MPS akan menggunakan peruntukan tersebut untuk mengedarkan tong minyak masak terpakai kepada pengelola Bazar Ramadan, sekolah, komuniti dan masjid yang memerlukan.

MPS mengucapkan terima kasih atas peruntukan ini dan berharap program ini dapat memberi kesedaran tentang kepentingan dan peranan dalam menjaga alam sekitar dengan mengamalkan pengumpulan minyak masak terpakai.

Tarikh Berita
Bulan
Mac
Tahun
2023

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) MPS

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG MPS 2022

Syabas dan tahniah diucapkan kepada 86 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) MPS dan 19 orang pesara MPS tahun 2022. Majlis APC ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor pada 3 Mac 2023 bertempat di Templer’s Ballroom, Setia Eco Templer, Rawang.

Majlis ini adalah untuk memberikan pengiktirafan kepada 86 orang kakitangan MPS yang telah memberikan perkhidmatan yang terbaik di sepanjang tahun 2022 serta penghargaan kepada 19 orang pesara MPS. 

Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, YDP MPS; YBrs. Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, TYDP MPS; YAD Tan Sri Dato’ (Dr.) Paduka Raja Haji Wan Mahmood bin Pa’wan Teh, Orang Besar Daerah Gombak; Tuan A. Rahim Bin Ahmad Kasdi, Setiausaha Politik Kawasan DUN Sungai Tua, barisan Ahli-Ahli Majlis MPS dan pengarah-pengarah jabatan.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Mac
Tahun
2023

TYDP MPS Yang Baharu

MAJLIS LAFAZ AKUAN TERIMA JAWATAN TYDP

Mantan Ketua Unit Parlimen dan Kawalan Pemantauan Kementerian Kewangan Malaysia, Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi telah menerima lantikan sebagai Timbalan Yang Dipertua (TYDP) Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang baharu berkuat kuasa 1 Mac 2023 bagi menggantikan Tuan Ir. Haji Cheremi bin Haji Tarman yang telah dilantik sebagai Timbalan Datuk Bandar Shah Alam yang baharu pada 9 Januari 2023 yang lalu. 

Tuan Adi Faizal telah menyempurnakan lafaz akuan terima jawatan di hadapan YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, Yang Dipertua MPS dengan disaksikan oleh ketua-ketua WHIP Ahli Majlis dan pengarah jabatan MPS pada 2 Mac 2023 bertempat di Pejabat Yang Dipertua, Menara MPS. 

Seluruh warga MPS mengucapkan tahniah dan selamat bertugas kepada Tuan Adi Faizal. Semoga dengan pengalaman yang dimiliki, beliau dapat membantu menerajui MPS menjadi sebuah PBT yang cemerlang di Negeri Selangor.

Tarikh Berita
Bulan
Mac
Tahun
2023

Program Picnic @ Lagong MPS Tahun 2023

Program Picnic @ Lagong MPS Tahun 2023

Program Picnic@Lagong MPS tahun 2023 anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan MPS telah berlangsung meriah di Taman Rimba Bukit Lagong, Selayang pada 25 Februari 2023. 

Program yang berkonsepkan santai ini dihadiri seramai 1,500 kakitangan dan keluarga bersama-sama Ahli-ahli Majlis dan pihak pengurusan MPS bertujuan untuk mengeratkan hubungan dalam kalangan warga kerja MPS. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti permainan sukaneka, soopa doopa kanak-kanak, ‘face painting’ , pertandingan memancing dan pertandingan glamping. Turut diadakan acara cabutan bertuah sebagai menghargai kakitangan MPS. 

YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, Yang Dipertua MPS bersama keluarga telah berkesempatan hadir dan merasmikan program ini.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Mac
Tahun
2023

Penyerahan Kit Denggi Kepada Ahli Majlis MPS

Sekitar penyerahan kit denggi kepada Ahli-ahli Majlis MPS oleh YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, YDP MPS pada 20 Februari 2023 bertempat di Bilik Siantan, Bangunan Lama MPS. 

Edaran kit Denggi ini merupakan sebahagian usaha MPS dalam meningkatkan kesedaran komuniti terhadap kepentingan dalam penjagaan kebersihan persekitaran dan kawasan komuniti agar bebas menjadi kawasan wabak hot spot denggi.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Februari
Tahun
2023

Kempen Derma Darah Dengan Kerjasama Pusat Darah Negara

Syabas dan tahniah diucapkan kepada ANULAE cawangan MPS yang telah menganjurkan Kempen Derma Darah dengan kerjasama Pusat Darah Negara. 

Penganjuran kempen yang berlangsung di Lobi Menara MPS pada 16 Februari 2023 telah disertai seramai 86 orang penderma. YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, YDP MPS turut berkesempatan meluangkan masa melawat program derma darah ini. 

Terima kasih diucapkan kepada semua penderma dalam membantu memastikan bekalan darah sentiasa berada dalam paras selamat. Semoga usaha murni ini akan dapat diteruskan dari semasa ke semasa bagi membantu para pesakit yang memerlukan.

Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia 
#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Februari
Tahun
2023

Majlis Penyampaian Anugerah Bank Kitar Semula MPS 2020

Majlis Penyampaian Anugerah Bank Kitar Semula MPS tahun 2022 telah diadakan pada 15 Februari 2023 bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang (2).

Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, YDP MPS. Turut hadir YBrs. Dr. Abdul Aziz bin Ismail, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Gombak, YBrs. Puan Dayang Fauziah binti Awang Ismail, Guru Besar SK Bandar Baru Selayang 2, YBrs. Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Pemangku Timbalan Yang Dipertua MPS, YBrs. Puan Norhayati binti Ahmad, Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan MPS serta pengarah jabatan MPS dan wakil-wakil sekolah. 

Program yang bermula pada 1 Julai sehingga 31 Oktober 2022 ini telah disertai oleh 15 buah sekolah menengah dan 16 buah sekolah rendah di sekitar Perbandaran Selayang. 

Diharapkan dengan pelaksanaan program kitar semula ini menjadi satu langkah paling berkesan dalam usaha memupuk sikap memelihara dan memulihara alam sekitar disetiap lapisan masyarakat.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Februari
Tahun
2023