603-6126 5800 [email protected]

MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

Pemacu Perbandaran Berdaya Huni Ke Arah Status Bandaraya Pada 2030

2023

Majlis Penyampaian Anugerah Bank Kitar Semula MPS 2020

Majlis Penyampaian Anugerah Bank Kitar Semula MPS tahun 2022 telah diadakan pada 15 Februari 2023 bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang (2).

Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, YDP MPS. Turut hadir YBrs. Dr. Abdul Aziz bin Ismail, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Gombak, YBrs. Puan Dayang Fauziah binti Awang Ismail, Guru Besar SK Bandar Baru Selayang 2, YBrs. Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Pemangku Timbalan Yang Dipertua MPS, YBrs. Puan Norhayati binti Ahmad, Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan MPS serta pengarah jabatan MPS dan wakil-wakil sekolah. 

Program yang bermula pada 1 Julai sehingga 31 Oktober 2022 ini telah disertai oleh 15 buah sekolah menengah dan 16 buah sekolah rendah di sekitar Perbandaran Selayang. 

Diharapkan dengan pelaksanaan program kitar semula ini menjadi satu langkah paling berkesan dalam usaha memupuk sikap memelihara dan memulihara alam sekitar disetiap lapisan masyarakat.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Februari
Tahun
2023

Lawatan Panel Penilai Anugerah Pengurusan Pejabat Dan Pentadbiran Cemerlang (APPC) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Lawatan Panel Penilai Anugerah Pengurusan Pejabat Dan Pentadbiran Cemerlang (APPC) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

MPS telah menerima lawatan Panel Penilai Anugerah Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang (APPC) daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pada 13 Februari 2023 bertempat di Dewan Keraian, Menara MPS. 

Seramai 12 orang panel penilai telah membuat penilaian yang merangkumi tiga komponen utama iaitu pengurusan, pematuhan dan kualiti serta perkhidmatan teras. 

APPC ini dilaksanakan bertujuan mengukur kecemerlangan perkhidmatan organisasi dan memperkasa peranan serta akauntabiliti dalam organisasi sepanjang tahun 2022. 

@sukselangor
#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Februari
Tahun
2023

Mesyuarat Pembukaan Kombinasi Audit ISO 9001:2015 Dan ISO/IEC 27001 ISMS Majlis Perbandaran Selayang

Mesyuarat Pembukaan Kombinasi Audit ISO 9001:2015 Dan ISO/IEC 27001 ISMS Majlis Perbandaran Selayang

Mesyuarat Pembukaan Kombinasi Audit ISO 9001:2015 dan ISO/IEC 27001 ISMS Majlis Perbandaran Selayang telah diadakan pada 14 Februari 2023 bertempat di Bilik Anggerik, Menara MPS yang telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Pemangku Timbalan Yang Dipertua MPS. 

Sesi pengauditan yang akan berlangsung mulai 14 hingga 21 Februari 2023 ini merupakan persediaan bagi menghadapi audit pensijilan semula SIRIM ISO 9001:2015 dan ISO/IEC 27001 ISMS Majlis Perbandaran Selayang serta memastikan prosedur kerja dipatuhi dan mengikut piawaian yang ditetapkan. 

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Februari
Tahun
2023

Majlis Lafaz Akuan Terima Jawatan Ahli Majlis MPS Bagi Zon 1 Dan Zon 6

Majlis Lafaz Akuan Terima Jawatan Ahli Majlis MPS Bagi Zon 1 Dan Zon 6

Majlis Lafaz Akuan Terima Jawatan Ahli Majlis MPS bagi Zon 1 dan Zon 6 dalam melengkapkan barisan 24 orang Ahli Majlis MPS Tahun 2023 telah diadakan pada 2 Februari 2023 bertempat di Pejabat Yang Dipertua, Tingkat 9 Menara MPS. 

Lantikan kali ini menyaksikan Tuan Muhammad Husaini bin Mohd Yunos, Ahli Majlis Zon 6 dan Tuan Mazlan bin Musa, Ahli Majlis Zon 1 telah mengangkat sumpah di hadapan Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, YDP MPS. 

Semoga Ahli-ahli Majlis yang dilantik ini akan dapat menjadi jambatan penghubung antara MPS dengan rakyat dalam memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada seluruh pentadbiran Selayang.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Februari
Tahun
2023

Majlis Perasmian Pembukaan Jalan Baharu Raintree Dan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Selayang

MAJLIS PECAH TANAH PAWE DAN PEMBUKAAN JALAN BAHARU RAINTREE

Majlis Perasmian Pembukaan Jalan Baharu Raintree dan Majlis Pecah Tanah pembinaan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Selayang telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor pada 4 Februari 2023. 

Majlis pecah tanah PAWE Selayang telah berlangsung di tapak projek Jalan Laksamana 2, Taman Gombak Permai manakala perasmian pembukaan jalan baharu telah berlangsung di pekarangan jalan baharu Taman Raintree. Kedua-dua projek ini adalah merupakan inisiatif MPS dalam memberikan kemudahan kepada para penduduk di samping menambah baik pelan infrastruktur di kawasan MPS.

Turut diadakan penyerahan surat lantikan kepada kontraktor dan penyampaian cenderahati kepada pengguna jalan baharu ini.

Hadir sama adalah YBhg. Dato' Mohd Yazid bin Sairi, Yang Dipertua MPS; YAD Tan Sri Dato’ Paduka Raja Dato’ (Dr) Hj Wan Mahmood bin Pa’ Wan Teh, Orang Besar Daerah Gombak; YB Tuan William Leong Jee Keen, Ahli Parlimen Selayang; YBrs. Puan Nor Azlina binti Abdul Aziz, Pegawai Daerah Gombak; Penyelaras DUN, barisan Ahli-ahli Majlis MPS serta para pengarah Jabatan MPS.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Februari
Tahun
2023

Lawatan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD)

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menerima lawatan daripada Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) yang diketuai oleh YBrs. Tuan Mohd Zamri bin Mohd Esa, YDP MPPD bersama 36 kakitangan MPPD pada 1 Februari 2023. 

Lawatan ini bertujuan untuk melihat pelaksanaan sistem perjawatan dan pengurusan sumber manusia serta sesi perkongsian tentang penggunaan sistem dan aplikasi dalam talian yang dibangunkan di MPS. 

Sesi perkongsian ini telah disampaikan oleh Puan Mazurah Binti Mohamed, Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan MPS bersama Puan Zuriati Binti Karia, Timbalan Pengarah Jabatan Teknologi Maklumat. Turut hadir ialah wakil dari Jabatan Korporat, Jabatan Teknologi Maklumat, Jabatan Perbendaharaan, Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan serta Jabatan Perundangan

@mppd
#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Februari
Tahun
2023

Kebun Komuniti Terbaik MPS 2022

Tahniah diucapkan kepada Kebun Komuniti Garden 8 JKP Zon 2 atas pengiktirafan sebagai Kebun Komuniti Terbaik MPS 2022. Majlis penyampaian hadiah bagi Program Kebun Komuniti MPS telah diadakan di Kebun Komuniti Garden 8, Taman Perwira Gombak pada 29 Januari 2023. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, YDP MPS. Turut hadir sama ialah Ahli-ahli Majlis MPS dan barisan Pengarah. Yang Dipertua MPS turut berbesar hati menyampaikan Anugerah Khas YDP kepada Garden 8 sebagai pengiktirafan kejayaan di peringkat kebangsaan.

Pada majlis ini juga, Kebun Komuniti Kampung Gombak Utara – JKP Zon 1 telah merangkul tempat kedua dan Kebun Komuniti KRT Taman Samudera – JKP Zon 5 sebagai tempat pertama bagi kategori Penyelenggaraan Terbaik Kebun Komuniti 2021/2022.

Sebanyak 12 buah kebun komuniti telah bertanding pada pertandingan ini dan MPS berharap inisiatif ini dapat dimaanfaatkan untuk persekitaran perumahan dan menjadi contoh kepada komuniti yang lain.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#kitaselangor


 

Tarikh Berita
Bulan
Januari
Tahun
2023

Majlis Perhimpunan Bulanan dan Amanat Tahun Baharu 2023

Majlis Perhimpunan Bulanan dan Amanat Tahun Baharu 2023 telah berlangsung pada 31 Januari 2023 di Lobi Menara MPS. 

Dalam amanatnya, YBhg. Dato’ Mohd. Yazid Sairi, YDP MPS mengharapkan kebersamaan semua warga MPS untuk memberikan komitmen dan sokongan dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan agar aspirasi membawa MPS ke tahap yang lebih tinggi dan membanggakan dapat dicapai. 

Turut diadakan pelancaran Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA). Turut disampaikan dua Anugerah yang diperoleh MPS pada MIP Planning Excellent Award 2022. 

MPS turut melakar kejayaan dengan penyampaian hadiah bagi Kejohanan Sukan Pihak Berkuasa Tempatan (MALA) 2022 yang menyaksikan pasukan Golf MPS telah dinobatkan sebagai Juara berpasukan dan Encik Hafizan bin Khamis sebagai Johan Individu serta Encik Hafiz bin Jaafar sebagai Naib Johan Individu. 

Diakhir majlis telah diadakan sesi pengenalan 22 orang Ahli-ahli Majlis MPS 2023 dan serahan 300 buah pokok cili untuk warga sumbangan daripada Majlis Perbandaran Selayang. 

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Januari
Tahun
2023

MPS Johan Dan Naib Johan Golf Sukan Pihak Berkuasa Tempatan (MALA) 2022

Tahniah diucapkan kepada Encik Hafizan bin Khamis dan Encik Hafiz bin Jaafar atas kejayaan merangkul Johan dan Naib Johan Golf kategori individu pada Kejohanan Sukan Pihak Berkuasa Tempatan (MALA) 2022 yang berlangsung di Johor Bahru. 

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Januari
Tahun
2023

Sukan Pihak Berkuasa Tempatan (MALA)

MPS telah meraikan ahli kontinjen Majlis Perbandaran Selayang yang akan bertanding di Sukan Pihak Berkuasa Tempatan (MALA) yang akan berlangsung mulai 26 hingga 29 Januari 2023 di Johor Bahru. 

Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, YDP MPS telah menyampaikan amanat kepada peserta MPS yang bertanding dalam acara sukan badminton, sepak takraw, golf, karom dan futsal. 

Acara pelepasan kenderaan yang membawa pasukan ke Johor Bahru telah disempurnakan oleh Dato’ YDP MPS bersama Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Penolong Setiausaha MPS.

Semoga semua atlet dapat mencapai kejayaan sepanjang MALA berlangsung dengan mencipta kemenangan serta mengharumkan nama MPS.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#kitajagakita
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Januari
Tahun
2023