603-6126 5800 [email protected]

MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

Pemacu Perbandaran Berdaya Huni Ke Arah Status Bandaraya Pada 2030

2023

Kempen Kibar Jalur Gemilang

MPS telah mengadakan Kempen Kibar Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 pada 15 Ogos 2023 bertempat di Dataran MPS. YBhg. Dato Mohd Yazid bin Sairi, Yang Dipertua telah merasmikan kempen ini dengan penyerahan t-shirt Hari Kebangsaan untuk dipakai oleh kakitangan MPS pada setiap hari Jumaat sepanjang kempen ini berlangsung.

Turut diadakan serahan bendera kepada ketua-ketua WHIP dan Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua selaku wakil kakitangan MPS sebagai simbolik bagi Kempen Kibar Jalur Gemilang. 

MPS menyeru kepada semua bangunan kerajaan, pemilik premis perniagaan, premis swasta serta rumah kediaman di seluruh kawasan pentadbiran MPS untuk menyokong kempen ini dengan mengibarkan Jalur Gemilang.

Pada akhir majlis ini semua hadirin bersama-sama menyanyikan lagu Jalur Gemilang dengan penuh semangat sambil mengibarkan bendera dan sesi fotografi.

Hadir sama Tuan Haji Az'har bin Samsuri, Penolong Setiausaha MPS, barisan Ahli-Ahli Majlis MPS, para pengarah jabatan MPS serta warga kerja MPS. 

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Ogos
Tahun
2023

Perhimpunan Bulanan MPS

YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, Yang Dipertua MPS telah melancarkan tiga buah kenderaan rasmi MPS yang baharu iaitu sebuah kereta elektrik (EV) dan dua buah van dalam Majlis Perhimpunan Bulanan MPS yang telah diadakan pada hari ini bertempat di Dataran MPS.

Pada majlis ini, tiga buah kenderaan baharu ini turut ditampilkan semasa acara pemasangan Jalur Gemilang sempena Sambutan Kempen Kibar Jalur Gemilang yang diadakan pada majlis yang sama.

Penggunaan kereta elektrik (EV) ini merupakan salah satu daripada usaha dan inisiatif MPS ke arah mewujudkan perbandaran Selayang yang hijau dan lestari serta rendah karbon.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Ogos
Tahun
2023

Karnival Sukan Antara Jabatan MPS 2023

Kelab Sukan dan Kebajikan (KSDK) MPS akan menganjuran Karnival Sukan Antara Jabatan MPS 2023 bermula dari Ogos hingga Disember 2023 dengan mempertandingkan 9 acara sukan melibatkan penyertaan kakitangan di jabatan-jabatan MPS. 

Pelancaran karnival sukan ini telah disempurnakan pada Majlis Perhimpunan Bulanan MPS yang diadakan pada 15 Ogos 2023 bertempat di Dataran MPS. Sebagai simbolik pelancaran, Encik Mohd Zikry bin Zulkifle, Presiden KSDK MPS telah menyampaikan piala pusingan kepada YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, Yang Dipertua MPS. 

Semoga penganjuran karnival sukan pada kali ini akan dapat menyuntik semangat kesukanan di samping mengeratkan hubungan dan persaudaraan antara kakitangan MPS.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Ogos
Tahun
2023

Selamat Mengundi

Pusat-pusat mengundi bagi Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Selangor ke-15 telah dibuka seawal pukul 8 pagi tadi. Pengundi dinasihatkan supaya mengikut cadangan masa keluar mengundi yang digalakkan serta tidak keluar mengundi saat-saat akhir.

Tunaikan tanggungjawab anda sebagai rakyat Selangor, ayuh turun mengundi.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Ogos
Tahun
2023

Penjumlahan Undi Rasmi Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Selangor Ke-15

Kotak-kotak undi bagi DUN N.13 Kuang, N.14 Rawang dan N.15 Taman Templer telah mula dikumpul di Pusat Penjumlahan Undi Rasmi masing-masing selepas selesai Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Selangor ke-15.

Peratusan mengundi bagi Negeri Selangor setakat pukul 4.00 petang adalah sebanyak 65%. Tahniah kepada rakyat Selangor yang telah menunaikan tanggungjawab anda sebagai pengundi.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Ogos
Tahun
2023

Keputusan Rasmi Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Selangor Ke-15 DUN N.13 Kuang, N.14 Rawang Dan N.15 Taman Templer

Penjumlahan Undi Rasmi Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Selangor ke-15 bagi DUN N.13 Kuang, N.14 Rawang dan N.15 Taman Templer telah selesai diadakan pada 12 Ogos 2023.

Keputusan adalah seperti berikut :

N13 : Mohd Rafiq Abdullah (PN)
N14 : Chua Wei Kiat (PH)
N15 : Anfaal Shaari (PH)

Tahniah kepada calon yang telah berjaya. Selamat menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri kepada rakyat Selangor.

Terima kasih dan syabas juga diucapkan kepada semua petugas Pilihan Raya yang telah bertungkus lumus dalam memastikan Piliharaya Umum Dewan Negeri Selangor ke-15 dilaksanakan dengan baik dan teratur. 

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Ogos
Tahun
2023

Hari Semakan Peti Undi Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Selangor Ke-15

Hari Semakan Peti Undi Petugas bagi N.13 Kuang, N.14 Rawang dan N.15 Taman Templer telah diadakan pada 11 Ogos 2023 iaitu sehari sebelum Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Selangor ke-15 diadakan.

Para petugas telah mendapatkan arahan daripada pegawai pengurus di DUN masing-masing untuk melakukan senarai semak, memastikan peralatan hari mengundi mencukupi dan semakan buku daftar pemilih dilengkapkan.

Turut hadir adalah Pegawai Pengurus bagi N.15 Taman Templer - YBhg. Dato' Mohd Yazid bin Sairi, Pegawai Pengurus bagi N.14 Rawang - Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi dan Pegawai Pengurus bagi N.13 Kuang - Tuan Haji Az'har bin Samsuri.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Ogos
Tahun
2023

Pantas

Berikutan hujan lebat dan ribut yang melanda pada petang hari ini, Anggota Unit Pantas Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan MPS bersama-sama pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah melakukan kerja-kerja pemotongan di Taman Wangsa Permai Fasa 1, Damansara Sutera dan Kawasan Perindustrian Tago. Jabatan Landskap MPS juga sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan tersebut yang menghalang laluan jalan raya.

Terima kasih atas bantuan yang telah diberikan. Pihak MPS sentiasa bersedia dalam memberikan bantuan awal jika berlaku kecemasan dan akan melaksanakan kerja-kerja pemotongan serta pembersihan dengan pantas.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Ogos
Tahun
2023

Program Little Explorer

Taska MPS telah mengadakan lawatan ke Bayou Lagoon Resort dan Bandar Hilir Melaka pada 4 dan 5 Ogos 2023.

Program yang dinamakan Little Explorer ini bertujuan memberi pendedahan ibu bapa dan kanak-kanak bersama kakitangan taska dalam melengkapkan aktiviti luaran (outdoor) seiring dengan Rancangan Pembelajaran Aktiviti (RPA) daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Lawatan ini melibatkan 36 kanak-kanak taska beserta ibu bapa dan urus setia dari Jabatan Khidmat Pengurusan MPS. 

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Ogos
Tahun
2023

Insiden Membahayakan Pengguna Jalan Raya

Insiden menumpahkan tanah, batuan atau simen amat membahayakan pengguna jalan. Kejadian terkini ialah tumpahan tanah merah di Damansara Suria, Kipark Sg. Buloh. Kesalahan tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 47(1)(e) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM250. Jika kes tersebut dibawa ke Mahkamah, ianya boleh didenda tidak melebihi RM500, jika sabitan kedua dan seterusnya tidak melebihi RM1,000.

MPS ingin mengingatkan individu atau syarikat untuk sentiasa berhati-hati dan memastikan insiden seperti ini tidak berlaku pada masa akan datang.

Terima kasih kepada Jabatan Kejuruteraan MPS dan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal & Kesihatan atas tindakan yang dilakukan agar jalan tersebut dapat digunakan sebagai laluan harian.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Ogos
Tahun
2023