603-6126 5800 [email protected]

MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

Pemacu Perbandaran Berdaya Huni Ke Arah Status Bandaraya Pada 2030

2023

Program Saringan Kesihatan (HSP) 3.0

Kumpulan Megaklinik Zahran dengan kerjasama Majlis Perbandaran Selayang telah mengadakan Program Saringan Kesihatan (HSP) 3.0 di bawah kendalian PERKESO pada 8 Ogos 2023 bertempat di Dewan Keraian, Menara MPS.

Seramai 38 kakitangan MPS berumur 40 tahun ke bawah dan mencarum PERKESO telah turut serta dalam program ini di mana sesi mengambil sejarah pesakit (history taking) dan pengumpulan sampel darah serta air kencing dilakukan.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Ogos
Tahun
2023

Pengundian Awal Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Selangor ke-15

Pengundian Awal Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Selangor ke-15 bagi N.13 Kuang, N.14 Rawang dan N.15 Taman Templer yang terdiri daripada polis dan tentera telah menunaikan tanggungjawab masing-masing pada 8 Ogos 2023 bertempat di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.

Turut hadir adalah Pegawai Pengurus bagi N.15 Taman Templer - YBhg. Dato' Mohd Yazid bin Sairi, Pegawai Pengurus bagi N.14 Rawang - Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi dan Pegawai Pengurus bagi N.13 Kuang - Tuan Haji Az'har bin Samsuri.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Ogos
Tahun
2023

Kejohanan Olahraga Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Gombak Ke-41

Kejohanan Olahraga Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Gombak kali ke-41 Tahun 2023 diadakan pada 7 - 10 Ogos 2023 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. 

Stadium Majlis Perbandaran Selayang kini dibuka untuk penyewaan dan penggunaan. Bagi yang berminat boleh menghubungi Bahagian Kemudahan Awam, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MPS di talian 03-61201153 atau layari www.mps.gov.my

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Ogos
Tahun
2023

Lagi Lori Sampah Disita

Anggota Penguatkuasa dan Keselamatan MPS meneruskan lagi pemantauan rondaan aktiviti pembuangan sampah dan sitaan lori sampah haram.

Sebanyak 3 buah lori sampah telah disita di Lot 3556 Sungai Pusu atas kesalahan membuang sampah haram ketika rondaan pada 3 Ogos 2023. Kesemua lori sitaan tersebut kemudiannya telah disimpan di depoh tunda.

Individu, pemilik lori atau syarikat diingatkan supaya mematuhi undang-undang yang ditetapkan atau tindakan tegas akan diambil oleh pihak MPS. 

#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Ogos
Tahun
2023

Kempen Kibar Jalur Gemilang 2023

Tunjukkan semangat merdeka dan cintakan negara dengan menaikkan bendera Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang bakal disambut pada 31 Ogos dan 16 September 2023 nanti. 

Semangat ini perlu ada dalam diri rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama. Ayuh kibarkan Jalur Gemilang walau di mana anda berada, tanda cintakan tanah air kita, Malaysia! 

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Ogos
Tahun
2023

Lori Sampah Disita

Hasil pemantauan rondaan Anggota Penguatkuasa dan Keselamatan MPS pada 1 Ogos 2023, sebuah lori sampah telah disita atas kesalahan membuang sampah haram bahan binaan di Taman Industri Intergrasi Rawang. Lori sitaan tersebut seterusnya telah disimpan di depoh tunda.

MPS mengambil serius tentang isu pembuangan sampah haram ini dan akan mengambil tindakan tegas kepada individu, pemilik lori atau syarikat yang didapati melakukan tindakan tidak bertanggungjawab ini.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Ogos
Tahun
2023

Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan MPS Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022

Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan MPS Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022 bersama Jabatan Audit Negara Negeri Selangor telah diadakan pada 28 Julai 2023 bertempat di Bilik Anggerik, Menara MPS.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, Yang Dipertua MPS. Pihak Jabatan Audit Negara Negeri Selangor telah diwakili oleh Puan Zirawati binti Kadir, Pengarah Audit Negeri Selangor; Dr. Mona binti Othman, Timbalan Pengarah Audit Negeri Selangor; Encik Tay Yih Thern, Penolong Pengarah Audit dan Puan Nurul Noorhanina Akma binti Mohd Borhan, Penolong Juruaudit.

Berdasarkan Pengauditan Pengesahan Penyata Kewangan yang telah selesai dijalankan, MPS telah berjaya memperolehi Sijil Bersih Kewangan kali ke-19.

Turut serta pada mesyuarat ini adalah Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS, Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Penolong Setiausaha MPS dan pegawai-pegawai yang menjalankan pengauditan.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Julai
Tahun
2023

Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Pilihan Raya Umum Dewan Negeri Selangor ke-15

Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Pilihan Raya Umum Dewan Negeri Selangor ke-15 bagi N.13 Kuang, N.14 Rawang dan N.15 Taman Templer telah diadakan di Lobi Menara MPS, Bandar Baru Selayang pada 29 Julai 2023.

Seramai tiga orang calon untuk N.13 Kuang, dua orang calon untuk N.14 Rawang dan tiga orang calon untuk N.15 Taman Templer telah diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi kawasan tersebut.

Pusat-pusat mengundi akan dimaklumkan seperti di BORANG 8 (Notis Pilihan Raya Yang Dipertandingkan) yang akan diwartakan dan dipamerkan di pusat mengundi yang ditetapkan.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Julai
Tahun
2023

Bicara Ilmu

Sempena Sambutan Awal Muharam 1445H / 2023M, ANULAE Cawangan MPS dan Kelab Sukan & Kebajikan MPS telah mengadakan Bicara Ilmu pada 28 Julai 2023 bertempat di Dewan Keraian, Menara MPS.

Ceramah bertajuk 'Tutup Buku Lama, Buka Buku Baru, Terlambatkah Kita?' telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Zulhazwan bin Ismail.

Semoga perkongsian ilmu ini dapat menyuntik semangat dalam kalangan warga kerja MPS dan menambah pengetahuan serta memberi manfaat kepada semua.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Julai
Tahun
2023

Mesyuarat Majlis Bil. 7/2023

Sekitar Mesyuarat Majlis Bil. 7/2023 yang telah berlangsung pada 28 Julai 2023 bertempat di Bilik Siantan, Bangunan Lama MPS.

Mesyuarat majlis ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, Yang Dipertua MPS. Turut hadir dalam mesyuarat ini Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS, Ahli-Ahli Majlis MPS dan Pengarah-pengarah Jabatan MPS.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Tarikh Berita
Bulan
Julai
Tahun
2023